Jenazah 5 sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumikan

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 51 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan yang dipenuhi kira-kira 500 ahli keluarga dan penduduk setempat yang hadir.

BUTTERWORTH: Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli petang semalam selamat dikebumikan di Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, di sini pukul 2.50 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Mohd. Rodhi Othman, 58; dan isteri, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, serta anak mereka, Siti Aishah, 32, dan suaminya, Ahmad Khomaini Abu, 30, dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 5, tiba di pekarangan masjid kira-kira pukul 12.56 tengah hari.Waris terdekat turut diberi peluang menatap wajah kelima-lima jenazah sebelum disolatkan selepas jemaah selesai solat Zuhur.

Dalam kejadian pukul 3.45 petang semalam, kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza maut selepas bertembung dengan pacuan empat roda Toyota Hilux. Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu 4WD yang memandu dari arah Gerik ke Jeli, Kelantan yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan dinaiki lima sekeluarga berkenaan.

Difahamkan, lima sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas selesai menghantar ahli keluarga mereka di sebuah pusat pengajian pondok agama di Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

5 sekeluarga maut, kemalangan babitkan dua kenderaan di Gerik | The Malaysian InsightKesemua mangsa yang disahkan meninggal dunia menaiki Perodua Alza.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Lima dilaporkan maut kemalangan jalan raya di GerikGERIK: Lima orang dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat sini hari ini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

5 sekeluarga maut: Mangsa dalam perjalanan ziarah saudaraMEREKA sebelum itu baru sahaja selesai menghantar ahli keluarga mendaftar masuk di salah sebuah sekolah pondok di Pasir Tumboh, Kelantan awal pagi semalam.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Nahas 5 sekeluarga: Trak pikap hilang kawalan, rempuh MPV, kata polis | The Malaysian InsightToyota Hilux itu masuk ke arah jalan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan pelbagai guna.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

10 maut runtuhan di lombong arang batu China10 maut runtuhan di lombong arang batu China
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Kanak-kanak perempuan antara 5 maut nahas di jalan raya Timur BaratKanak-kanak perempuan antara 5 maut nahas di jalan raya Timur Barat
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »