Janji tunai 100% MA63 akan jadi hadiah Hari Malaysia paling bermakna

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 52 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking menggesa kerajaan perpaduan membuat aku janji ia akan laksanakan MA63 sepenuhnya.

Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking berkata jawatankuasa khas Jemaah Menteri semasa pentadbiran PH sepakati 17 perkara dalam MA63 yang boleh dilaksanakan.

“Jangan cakap akan bincang, buat keputusan tahun depan… tapi buat satu pengiktirafan bahawa segala janji dan penubuhan Persekutuan Malaysia antara Sabah dan Sarawak dan Malaya mesti ditunaikan 100%.“Ertinya, perbincangan selepas itu tertakluk apa yang tak dilaksanakan. Kerajaan perlu buat keputusan. Aku janji tiada penolakan apa sahaja yang telah dipersetujui pada penubuhan Persekutuan Malaysia,” katanya kepada FMT.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, Jawatankuasa khas Jemaah Menteri semasa pentadbiran Pakatan Harapan berjaya mengenalpasti 4 isu yang belum dipersetujui, manakala 17 perkara lain sudah disepakati dan boleh dilaksanakan.“21 isu yang penting telah kita senaraikan dan kita tahu daripada itu 17 kami persetujui ertinya tiada isu dan boleh dilaksanakan hanya empat belum dipersetujui,” katanya.

“Kalau buat janji begitu, mesti ada tempoh masa. Jangan macam dulu…’ada bincang, akan buat’… Perdana menteri mesti tegaskan 100% akan tunaikan tapi akan maklum di Parlimen.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines