Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata gelombang jangkitan Covid-19 termasuk varian Omicron XBB di negara ini dalam keadaan terkawal. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 November, 2022.
“Saya juga bertanya kepada Timbalan Ketua Pengarah dan pakar penyakit berjangkit berkaitan kemasukan ke hospital nampak sudah teratur ia tidak lagi meningkat dan mungkin akan mula menurun. “Jadi sila berjaga-jaga, berhati-hati dan pastikan selamat untuk anda pergi mengundi…Saya minta pandangan daripada semua pakar dan mereka memaklumkan gelombang baharu masih terkawal sama ada sudahpun sampai kemuncaknya atau sedang mendatar dari segi jumlah kes dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu Khairy menggesa orang ramai untuk menerima suntikan vaksinasi Covid-19 kerana langkah tersebut mampu mengurangkan gejala jangkitan serta kesan sampingan sehingga menyebabkan kematian. Mengenai rawatan terhadap pesakit Covid-19 beliau berkata tiada kes kematian melibatkan pesakit yang menerima rawatan Paxlovid di peringkat komuniti.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »