Janganlah semua makanan nak sumbat dalam peti ais

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Bukan semua makanan sesuai atau boleh disimpan di dalam peti ais malah, ada makanan yang akan rosak jika dimasukkan di dalam peti sejuk. FMTNews FMTOhsem SuhuBilik

Tidak dinafikan, apabila ada makanan yang tidak habis atau berlebihan, sudah tentu anda akan berasa sayang untuk membuangnya. Apatah lagi jika ia masih dalam keadaan yang elok dan boleh dimakan. Maka penyelesaian yang mudah adalah dengan menyimpan di dalam peti ais atau peti sejuk (Tetapi hakikatnya, tidak semua makanan sesuai atau boleh disimpan di dalam peti ais. Malah, ada makanan yang akan rosak jika dimasukkan di dalam peti sejuk.

Menyimpan madu di dalam peti sejuk juga akan menjejaskan kebaikan makanan yang kaya dengan khasiat ini.. Suhu yang sejuk akan menukar struktur roti dan menjejaskan rasanya. Tetapi mungkin anda boleh menyimpannya di bahagian bawah jika anda ingin menggunanya lebih daripada seminggu dan jangan lupa untuk panaskan di dalam toaster atau oven sebelum makan.Seronoknya dapat makan buah tembikai yang sejuk. Tetapi buah tembikai seeloknya diletakkan dalam suhu bilik. Kenapa ya?

Kerana terdapat penyelidikan mendapati antioksidan di dalam tembikai dapat dikekalkan apabila berada dalam suhu bilik berbanding suhu yang sejuk.Pisang yang disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan perubahan pada kulitnya. Ia akan menjadi hitam dan ada masanya ia akan menjejaskan rasa buah ini.Suhu yang sejuk dapat mencegah minyak semula jadi yang terkandung dalam kacang menjadi tengik. Tetapi walau bagaimana pun, persekitaran yang sejuk boleh menjejaskan rasa kacang.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.