: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia perlu memainkan peranan lebih agresif untuk menerapkan nilai-nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat kerana ia merupakan jalan yang terbaik bagi membangunkan Malaysia MADANI, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah berkata tidak ada jalan yang lebih baik untuk membangunkan Malaysia MADANI melainkan membiasakan diri dengan al-Quran, memahami dan menelaah kandungannya agar mudah diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Beliau berkata al-Quran mengandungi 1,001 nilai yang boleh dipelajari dan dihayati umat Islam menerusi pelbagai kisah teladan di dalamnya seperti kisah Nabi Yusuf AS yang menerangkan mengenai kemampanan dasar, kisah Ashabul Kahfi yang menjelaskan nilai ketaatan serta kisah Nabi Daud AS yang menunjukkan parameter keadilan.
“Saya sering tekankan tentang peri pentingnya pengukuhan nilai, tanpa membezakan kedudukan, pangkat, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sesiapa pun perlu mempunyai nilai sahsiah yang tinggi dalam diri. Malah, nilai yang paling agung ialah nilai yang diajar dalam al-Quran. “Majlis seumpama ini , bukan sekadar majlis mengalunkan bacaan dan menghafaz al-Quran. Tetapi, lebih jauh daripada itu, kerajaan mahu meningkatkan penghayataan dan membudayakan kandungan al-Quran baik di peringkat individu, keluarga, masyarakat dan organisasi,“ katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »