GAZA: Rakyat Palestin yang berpatah balik ke kem pelarian Jabalia di utara Gaza berasa terkejut dengan tahap kerosakan yang ditinggalkan oleh tentera Israel selepas tiga minggu melancarkan serangan.
“Sedangkan pasir yang dipijak setiap hari pun menjadi hangus, kami tidak mampu menanggung ujian ini lagi kerana hendak berjalan pun sakit. “Tiada eletkrik, air, klinik atau ubat-ubatan. Telaga musnah, kedai dan pasar raya dirobohkan serta bekalan makanan berkurangan,” katanya.Bandar Jabalia dan kem pelarian yang berusia sejak berdekad-dekad lalu, merupakan lokasi kem terbesar di Gaza yang menempatkan lebih 110,000 penduduk berdaftar.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan 50,000 unit rumah musnah akibat serangan tentera Israel.Seorang pelarian lain, Diab Abu Salama memberitahu Gaza Lifeline BBC, dia dan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun melihat ‘mayat-mayat yang mati syahid bertebaran di merata-rata tempat’. Musaed Zaqzouq pula menggambarkan bagaimana dia hanya menemukan sisa runtuhan rumahnya yang baru dibina tiga minggu lalu.“Paip air musnah dan saluran kumbahan rosak. Tiada lagi satu tempat yang sesuai untuk didiami,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Read more »