Iran bakal mulakan kempen vaksinasi guna vaksin Covid-19 buatan sendiri

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 46 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kumpulan farmasi Barekat, berkata Iran berhasrat menghasilkan 14 juta dos vaksin menjelang musim panas. FMTNews Iran Covid19

Iran akan melancarkan kempen vaksinasi Covid-19 untuk rakyatnya menggunakan vaksin Coviran.

MOSCOW: Iran akan melancarkan kempen vaksinasi Covid-19 untuk rakyatnya menggunakan vaksin Coviran, yang dihasilkan sendiri pada Mei, kata Presiden Eksekutif Imam Khomeini’s Orders Mohammad Mokhber. Pada awal Februari, EIKO, yang membangunkan vaksin itu bersama kumpulan farmasi Barekat, berkata Iran berhasrat menghasilkan 14 juta dos vaksin menjelang musim panas, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Tasnim pada Selasa.

Menurut seorang pegawai, Iran berpotensi besar untuk mengeluarkan vaksin buatan sendiri secara besar-besaran.Setakat ini, Iran telah melancarkan ujian klinikal terhadap tiga vaksin.Tehran juga bakal menerima 16 juta dos vaksin melalui inisiatif pengedaran antarabangsa COVAX yang diterajui Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Selain itu, Tehran turut mengimport lebih 25 juta lagi dos vaksin Covid-19 dari luar negara, selain menghasilkan 25 juta dos vaksin buatan tempatan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines