KUALA LUMPUR: Pelakon berkaliber, Ogy Ahmad Daud, 59, menzahirkan rasa hormat terhadap pelakon Korea Selatan, Oh Young-Soo di atas pencapaian menerusi Anugerah Golden Globe 2022.
“Ini baru aktor hebat. Terus menang Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Golden Globe 2022. Tak perlu juta-juta followers . “Tak ada pun dia terima panggilan ‘otai’ tapi dia dihormati sebagai aktor senior yang dihargai bakat, pengalaman, ilmu yang ada pada dirinya,” katanya. Dalam pada masa sama, Ogy turut membalas komen berhubung komen pertanyaan seorang pengguna berkenaan penyanyi yang terjun ke bidang lakonan tanpa mempunyai bakat tetapi diambil disebabkan mempunyai jumlah pengikut yang banyak.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.