Iman Troye dan Nang - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 38 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

'Tetapi dari sisi positifnya, Poklip cukup puji usaha Iman dan komposer dalam memartabatkan kisah legenda yang kurang didengari. Tahukah kita, selain Puteri Gunung Ledang, terdapat ramai lagi puteri legenda yang diabadikan kisahnya.'

Rasanya kalau ditanya siapa penyanyi wanita muda yang popular, nama Iman Troye pasti meniti di bibir. Malah, tidak keterlaluan jika Poklip juga meramal dia mampu bergelar penyanyi wanita popular yang akan malar segar untuk tempoh lama.

Iman baru sahaja melancarkan lagu baharu, Nang. Poklip pun ambil masa untuk mendengar rilisan baharunya itu. Cuma mata Poklip terkunci di ruangan komen apabila ramai yang pusing kepala memikirkan maksud lagu ciptaan Ezra Kong dan lirik bersama A. Ramlee. Tetapi dari sisi positifnya, Poklip cukup puji usaha Iman dan komposer dalam memartabatkan kisah legenda yang kurang didengari. Tahukah kita, selain Puteri Gunung Ledang, terdapat ramai lagi puteri legenda yang diabadikan kisahnya.

Mana tahu, daripada sebuah lagu, kisah Puteri Gunung Banang ini akan difilemkan semula. Sebelum ini, kisah legenda ini pernah diangkat ke layar perak sekitar 1959 dan pernah dilakonkan oleh seniman legenda, Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud dan Sri Dewi.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines