Ibrahimovic sedia sarung jersi Sweden semula

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 40 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

stockholm bolatime Zlatan Ibrahimovic sedang mengadakan perbincangan bersama ketua jurulatih Sweden, Janne Andersson berhubung kemungkinan untuknya kembali beraksi bersama skuad kebangsaan, kata Persatuan Bolasepak Sweden hari ini.

Berita itu hadir sehari selepas pemain berusia 39 tahun itu memberi bayangan bersedia menyarung kembali jersi skuad kebangsaan selepas bersara dari pentas antarabangsa sebaik berakhir Piala Dunia 2016.

FA Sweden berkata Janne Andersson menemui Ibrahimovic, Rabu lalu untuk membincangkan kemungkinan itu selepas dia mempamerkan aksi cemerlang ketika ini bersama AC Milan. Ibrahimovic mendahului carta penjaring terbanyak Serie A dengan 10 gol musim ini, lebih daripada keseluruhan 19 gol yang diraih oleh Milan.

"Apabila Zlatan menyatakan hasrat untuk beraksi bersama skuad kebangsaan, adalah sesuatu yang normal dan penting untuk bertemunya membincangkan perkara itu secepat mungkin," kata Andersson dalam satu kenyataan.Ibrahimovic menyatakan keinginannya untuk kembali bersama skuad kebangsaan selepas memenangi anugerah Pemain Bolasepak Terbaik Sweden buat kali ke-12."Ia bukan rahsia. Kebiasaannya mereka yang merindui aksi itu apabila sudah menamatkan karier.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.