Harga telur itu mahal nak mampus - Damian Mikhail

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 45 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

'Kau tahu tidak, bila orang beli dalam ‘bulk’ tu, maksudnya orang nak jimat'

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Damian Mikhail menempelak kenyataan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Norena Jaafar yang menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan telur berikutan kenaikan harga makanan tersebut.

Damian menerusi satu video di Instagramnya, menyifatkan Norena tidak berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan. “Kau cakap bila harga telur naik, kau kurangkan makan telur. Kau tahu tidak, bila orang beli dalam ‘bulk’ tu, maksudnya orang nak jimat. Mungkin dia ada keluarga, sebab itu dia beli satu tray yang ada 30 biji.

“Kalau dia beli kurang, kecil-kecil, dia belanja lagi banyak. Sebab benda itu lagi mahal. Sebab itu, dia orang beli 30 biji terus untuk berjimat. “Kau pula cakap kurang makan telur. Jadi, kalau beli kecil-kecil itu pun, dia tak berjimat, maknanya dia belanja lebih jugaklah. Dia bukan pasal banyak makan atau sikit. Dia pasal harga telur itu mahal nak mampus,” tegasnya.Dalam pada itu, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd. Yusof baru-baru ini menyifatkan kenyataan Norena sebagai pandangan peribadi, namun penyampaiannya tidak diterima orang lain.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines