Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia sudah memberikan panduan Covid-19 di PPS mangsa banjir di negeri terjejas."Buat masa ini kita sudah memberi panduan bagi memastikan PPS mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan.
"Tindakan itu bertujuan mengelak jangkitan dan antara langkahnya adalah menerusi penyediaan kubikel atau penghadang untuk mengasingkan mangsa dan arahan pemakaian pelitup muka. "Saringan pula hanya akan dijalankan sekiranya ada indikasi atau gejala, bukannya keseluruhan melainkan ada kes disebabkan kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Dr Noor Hisham memberi penjelasan itu bagi menjawab soalan pemberita yang berita yang bertanya adakah satu keperluan melakukan ujian saringan untuk mangsa banjir yang ditempatkan di PPS.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.