Hanya anak tempatan Langkawi dapat duduk PPR - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 38 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff seperti dilaporkan Utusan Malaysia kelmarin yang berkata, persatuan itu akan membuat bantahan sekiranya kerajaan negeri menawarkan rumah di dua projek…

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan mengusulkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memastikan hanya anak jati Langkawi diberi kelulusan menduduki projek perumahan rakyat Hulu Melaka dan Kuah di Langkawi.

“Perlu dijelaskan kerajaan negeri sama ada melalui Menteri Besar, barisan Exco atau mana-mana pegawai kerajaan tidak pernah membuat kenyataan menjurus kepada maksud menawarkan rumah PPR kepada warga Myanmar yang menduduki kawasan Bukit Malut di Langkawi. “Penglibatan kerajaan negeri khususnya Bahagian Perumahan di Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam urusan ini adalah sangat terhad iaitu menerima permohonan daripada rakyat negeri Kedah yang layak, khususnya anak jati Langkawi dan kemudian menyerahkan kepada KPKT untuk proses penapisan dan diberi kelulusan,” katanya.

Sementara itu Mohamad Yusrizal berkata, kenyataannya sebelum ini jelas menyebut bahawa pihaknya ‘akan’ membuat bantahan dan bukannya ‘sedang’ membuat bantahan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.