Hampir 80,000 premis dua daerah di Perak terputus bekalan air

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 41 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Daerah Manjung dan Perak Tengah mengalami gangguan bekalan air sejak tengah hari semalam selepas paip bagi menyalurkan air terputus.

Ia melibatkan keseluruhan kawasan Pulau Pangkor, Lumut, Seri Manjung, Sitiawan, Ayer Tawar, Lekir dan Kayan di daerah Manjung serta Seberang Perak, Changkat Lada, Kampung Gajah, Bukit Chawi, Simpang Ranggam dan Hujung Rintis di daerah Perak Tengah.

Menurut kenyataan Lembaga Air Perak hari ini, Loji Rawatan Air di Teluk Kepayang, Bota,vdi daerah Perak Tengah telah menghentikan penyaluran air sejak 12.40 tengah hari semalam dan dijangka hanya akan pulih pada Isnin ini secara berperingkat. “Ia berpunca daripada pergerakan tanah sehingga mengalihkan kedudukan paip air mentah bersaiz 1,200 milimiter diameter di dalam tanah menyebabkan paip tersebut putus dan air mentah tidak dapat disalurkan ke loji rawatan air,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya, kerja pembaikan sedang giat dilaksanakan bagi membolehkan loji untuk beroperasi pada kadar 30 peratus dan dijangka siap pada Isnin ini dan bekalan air dijangka pulih secara berperingkat. Sehubungan itu, LAP akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terlibat bagi agihan bekalan air bersih. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

No decrease in Malay reserve land in Perak, says MBIPOH: The Perak government has denied that its total Malay reserve land has decreased.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »

MB: Perak strives to increase Malay reserve landIPOH, March 30 — The Perak state government always strives to increase the Malay reserve land up to 50 per cent as stated in the seven wills of the Malay Rulers, said Menteri...
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »

Hanya Perak, Kedah sahut tawaran tukar rumput Zeon ZoysiaKBS telah menerima surat rasmi daripada Perak dan Kedah berhubung penukaran rumput padang di Stadium Perak, Ipoh dan Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Perak FC-JPN bangunkan bola sepak akar umbiMelalui kerjasama itu, Perak FC akan menubuhkan pusat latihan daerah atau District Training Centre (DTC) di daerah-daerah yang belum mempunyai pusat latihan bola sepak daerah (PLD).
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

36 pemilik premis, pengendali makanan di Perak dikenakan notisSebanyak 36 notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 dikeluarkan kepada pemilik premis dan pengendali makanan di Perak sepanjang minggu pertama Ramadan ini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Bekas Ketua Polis Perak kini peguamBekas Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid antara enam orang yang diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya, hari ini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »