Hamilton harap Arsenal bangkit semula

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 37 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kualalumpur f1 Juara dunia tujuh kali F1, Lewis Hamilton berharap kelab bola sepak kegemarannya, Arsenal akan bangkit kembali selepas menerima banyak kritikan daripada peminat dan menjadi bahan ejekan di internet kerana prestasi buruk pada musim ini.

Pelumba British berusia 35 tahun itu mahu pasukan bimbingan Mikel Arteta memperbaiki persembahan mereka yang mengakibatkan permulaan terburuk dalam satu musim selama 46 tahun, untuk menamatkan musim ini dalam kedudukan yang baik.

"Saya sudah menyaksikan Arsenal bermain buat sekian lama, menyokong mereka ketika naik dan turun. Jika saya tidak dapat menyaksikan perlawanan, rakan karib saya akan menghubungi saya setiap hari, dia memberitahu saya keadaan terkini," kata Hamilton kepada Bernama dalam sesi bersama media secara maya baru-baru ini.

Biarpun memegang rekod sebagai satu-satunya pasukan Liga Perdana Inggeris dengan rekod tanpa kalah dalam 49 perlawanan, dalam perjalanan untuk menjuarai musim 2003-2004 tanpa sebarang kekalahan yang membolehkan mereka mendapat gelaran"The Invincibles" , kelab dari Utara London itu berhadapan risiko diturunkan ke divisyen kedua jika persembahan buruk mereka berterusan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Daripada dapat malu baik bubar je le team arsenal tu..elok buat team kompang.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.