Gerobok Rezeki Hotel Primula bantu penduduk terkesan PKP - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 56 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 26%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Katanya, sejak dilaksanakan awal bulan ini, bantuan seperti beras, minyak masak, tepung gandum, gula, sardin dan lain-lain sudah diagihkan ke tiga lokasi iaitu Surau Tahfiz Darul Ulama, Masjid Jamek Kampung Paloh dan Masjid Kampung Seberang Takir.

KUALA TERENGGANU: Walaupun terkesan dengan impak pandemik Covid-19, ia tidak menghalang hotel milik kerajaan negeri, Hotel Primula untuk memperkenalkan program Gerobok Rezeki bagi membantu meringankan beban golongan memerlukan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat itu membolehkan orang ramai di sekitar daerah ini, Kuala Nerus dan Marang mendapatkan bekalan barangan keperluan harian secara percuma. “Kita terpanggil untuk menggerakkan inisiatif ini kerana prihatin dengan nasib golongan yang kehilangan punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan , sekurang-kurangnya dapatlah mereka dan keluarga meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh getir ini.

“Menariknya, kesemua barangan yang dikumpul ini adalah sumbangan warga kerja Hotel Primula dan saya kagum dengan komitmen kakitangan walaupun kami sendiri terhimpit dengan impak Covid-19,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam Suaibah berkata, sumbangan barangan itu kemudian dihantar ke surau dan masjid terpilih dengan urusan pengagihan kepada golongan sasar diserahkan kepada pihak jawatankuasa institusi agama berkenaan.Katanya, usaha yang digerakkan Hotel Primula itu diharap dapat menyuntik semangat rakyat Malaysia untuk turut sama menyumbang kepada golongan memerlukan.-UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kongsi rezeki usaha murni | Harian MetroMENYANTUNI golongan asnaf ketika penularan wabak Covid-19 sememangnya amalan yang wajar dipuji kerana mereka antara yang terkesan teruk.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Cari rezeki atau tempah maut - Utusan DigitalCari rezeki atau tempah maut Cari rezeki lah bengong....mati tu Allah yg tentukan...dlm tido pun bole mati.... Perkara biasa di Malaysia - penunggang motosikal merasakan mereka tidak tertakluk kepada lampu isyarat..!! Amat tidak berdisiplin..!!
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Sentiasa percaya pada rezeki | Harian MetroRap NAMA penyanyi dan pelakon, Dafi Ismail Sabri, 33, pastinya tidak asing dalam industri hiburan tanah air. Apatah lagi, diam tak diam sudah hampir 13 tahun pembabitannya dalam kerjaya seni. Aduh. Telat. Suara mcm katak ada hati nak nyanyi
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Bantu percepat program imunisasi Covid-19 penduduk Panching Selatan - Utusan DigitalProgram yang dikelolakan Markas Angkatan Bersama itu diadakan tiga hari sehingga 5 Ogos ini di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Panching Selatan di sini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Industri perkayuan rugi RM60 juta dua bulan PKP - Utusan DigitalMohd.Khairuddin berkata, sektor perkayuan berhadapan dengan keadaan yang tidak menggalakkan kerana tidak dapat beroperasi selama dua bulan dan telah menimbulkan kerisauan kehilangan kontrak-kontrak dan kehilangan pasaran, namun pemberian vaksinasi yang…
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Cari rezeki atau tempah maut - Utusan DigitalCari rezeki atau tempah maut Cari rezeki lah bengong....mati tu Allah yg tentukan...dlm tido pun bole mati.... Perkara biasa di Malaysia - penunggang motosikal merasakan mereka tidak tertakluk kepada lampu isyarat..!! Amat tidak berdisiplin..!!
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »