TEL AVIV: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang semakin tertekan ekoran keupayaan Hamas menembusi sistem pertahanan mereka mengugut bahawa setiap anggota pejuang Hamas mesti mati.Di sampingnya, tokoh pembangkang Benny Gantz berkata ia adalah “masa untuk berperang”.
Tetapi Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata beliau telah bercakap dengan Netanyahu dan menjelaskan bahawa Israel mesti “beroperasi mengikut peraturan perang”. Angka kematian di Israel mencecah 1,200 orang. Lebih 1,100 orang telah terbunuh oleh serangan udara Israel ke atas Gaza. Biden berkata, beliau memahami kemarahan dan kekecewaan rakyat Israel tetapi menggesa Israel untuk mematuhi prinsip konvensyen Geneva.Pada Rabu Netanyahu dan Gantz bersetuju untuk mengetepikan persaingan politik ekoran serangan Hamas.
Gantz memberitahu rakyat Israel bahawa kerajaan yang baru dibentuk itu “bersatu” dan bersedia untuk “menghapuskan perkara yang dipanggil Hamas ini dari muka bumi”. – BBC
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »