Empat rumah kedai usia lebih 60 tahun terbakar di Chukai - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 36 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Struktur premis yang diperbuat daripada kayu menyukarkan operasi pemadaman kerana risiko berlaku runtuhan.

KEMAMAN: Empat rumah kedai dua tingkat berusia lebih 60 tahun musnah dalam kebakaran di Jalan Sulaimani, berhadapan Pasar Besar Chukai, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan semua mangsa sempat keluar dari premis berkenaan. Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Azman Alias berkata, keadaan cuaca yang panas di samping angin kencang menyebabkan api cepat merebak di deretan rumah kedai kayu itu, namun kepantasan anggota bomba menyelamatkan dua lagi kedai daripada terbakar.

“Struktur premis yang diperbuat daripada kayu menyukarkan operasi pemadaman kerana risiko berlaku runtuhan, namun kebakaran dikawal kira-kira pukul 3.18 petang. “Kita masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.