Empat pemuda didakwa bunuh bekas pegawai MARDI - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 24 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 13%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Empat pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas tuduhan membunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Wan Hassan Wan Embong, dua minggu lalu.

Majistret Wong Chai Sia menetapkan 9 Mac tahun depan bagi mendapatkan laporan forensik kes berkenaan.

Terdahulu, sebelum mahkamah mula bersidang seorang wanita dipercayai ibu kepada salah seorang dilihat menangis ketika kesemua tertuduh dibawa masuk ke kandang tertuduh. Akhbar melaporkan, dalam kejadian itu rumah yang dihuni oleh Dr. Wan Hassan, 73, dan isteri, Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang dan meminta wang.

Mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala, isteri mangsa ditetak di bahagian bahu kanan. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines