Empat lelaki rentas negeri seludup ketum - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 48 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kesemua suspek lelaki itu berusia antara 20 hingga 48 tahun.

BALING: Cubaan empat lelaki menyeludup sebanyak 3,150 kilogram daun ketum gagal apabila ditahan dalam dua kejadian di Sekatan Jalanraya Jerai, Jalan Kupang-Gerik, Kupang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, rampasan pertama melibatkan daun ketum sebanyak 3,000 kg yang dimuatkan dalam sebuah lori yang ditahan di SJR itu pada pukul 12.15 pagi.“Polis juga menahan pemandu lori tersebut dan dua lagi lelaki yang menaiki lori jenis Nissan itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Baling di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, rampasan kedua pula dilakukan selepas menahan sebuah kereta jenis Persona yang dipandu seorang lelaki di SJR yang sama pada pukul 2.30 pagi. “Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 150 kg daun ketum disembunyikan di bahagian tempat letak barang belakang kereta,” katanya.Selain itu, menurutnya, kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kupang di sini menghala ke Gerik, Perak.Jelasnya, kesemua lelaki itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan narkotik dan mereka direman selama empat hari mulai hari ini hingga 16 Jun.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kem Moria terbakar: Empat pencari suaka dipenjara 10 tahun - Utusan DigitalEmpat pencari suaka warga Afghanistan didapati bersalah atas tuduhan membakar kem pelarian tersebut dengan sengaja.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Switzeland, Wales sama kuat - Utusan DigitalWales dan Switzerland sama kuat selepas berkongsi satu mata dalam aksi Kumpulan A Euro 2020.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Barbora muncul juara Roland Garros - Utusan DigitalKrejcikova mendedikasikan kemenangan Terbuka Perancis kepada mentornya iaitu bekas juara Wimbledon, Jana Novotna yang meninggal dunia akibat barah pada usia 49 tahun pada tahun 2017.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Copa America terima 'serangan' pertama Covid-19 - Utusan Digital12 anggota skuad Venezuela, yang terdiri daripada pemain, pegawai dan kakitangan disahkan positif Covid-19 semalam. Pasukan itu sepatutnya menentang Brazil dalam aksi pembukaan Copa America esok.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

53 pondok kem pelarian Rohingya di Delhi terbakar - Utusan Digital53 pondok kem pelarian Rohingya di Delhi terbakar
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Cucu berjaya SPM, datuk tumpang gembira - Utusan DigitalPuteri Nurul Ain Nadhirah yang memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sains, Pertanian dan Perniagaan tidak menyangka usaha yang bersungguh serta kewaspadaan berdepan ancaman pandemik COVID-19 membuahkan…
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »