Eksport barang mainan China catat USD 33.5 bilion pada 2020

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 37 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Eksport barang mainan China berjumlah USD 33.49 bilion (RM138.41 bilion) pada 2020, meningkat 7.5% berbanding tahun sebelumnya. FMTNews Barang Mainan China

Pada masa sama, jumlah jualan runcit barang mainan di pasaran domestik mencatat RMB77.97 bilion , meningkat 2.6%, memetik data statistik Persatuan Barang Mainan dan Barang Kegunaan Bayi dan Kanak-kanak yang diumumkan baru-baru ini.

Penganalisis berpendapat pandemik Covid-19 telah merangsang permintaan pengguna terhadap barang-barang tersebut khususnya di pasaran luar negara. Menurut pegawai persatuan tersebut, jumlah eksport barang mainan China telah merekodkan peningkatan selama lima tahun berturut-turut.Seiring dengan situasi wabak yang kian reda dan ekonomi semakin pulih, eksport barang mainan China mencatat peningkatan pada separuh kedua tahun 2020.

Menurut statistik, Amerika Syarikat kekal sebagai pasaran paling besar bagi eksport barang mainan China. Antara 10 pasaran terbesar eksport barang mainan China, termasuk Jepun, Singapura, Rusia, Korea Selatan, Arab Saudi dan Malaysia masing-masing meningkat lebih daripada 10%.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.