Ekonomi Malaysia dijangka mula menyederhana berikutan kesan ketidakstabilan ekonomi global dalam beberapa bulan ke hadapan pada 2023. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Disember, 2022.
Memetik Tinjauan Ekonomi 2023 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata ekonomi Malaysia diunjurkan menyederhana antara 4.0% dan 5.0% pada tahun depan, sejajar dengan ramalan global Tabung Kewangan Antarabangsa . Sementara itu, Mohd Uzir berkata pertumbuhan yang diunjurkan bagi rantau Asia telah disemak daripada 4.3% kepada 4.2% pada 2022 dan daripada 4.9% kepada 4.6% pada 2023 berdasarkan Suplemen Prospek Pembangunan Asia Disember 2022.
Di peringkat domestik, Indeks Pelopor Malaysia meningkat 0.4% kepada 109.6 mata pada Oktober 2022 berbanding 109.2 mata pada Oktober tahun lepas.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: technavemy - 🏆 6. / 68 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »