Satu penyiasatan bebas dan telus dituntut bagi mengheret pelaku bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Kematian itu mencetuskan kemarahan global dan seluruh dunia termasuk Iran, Belgium, United Kingdom , Afghanistan dan Pakistan yang menuntut penyiasatan ‘bebas’ dijalankan segera.Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Linda Thomas-Greenfield menyifatkan kematian wartawan itu sebagai ‘mengerikan’ dan menggesa siasatan bebas dijalankan.“Saya sangat menghormati Shireen kerana dia pernah menemu bual saya di Tebing Barat, November lalu,” katanya.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan itu kerana kematiannya adalah penghinaan terhadap kebebasan media. “Kami berasa simpati kepada ahli keluarga mangsa dan penjenayah mesti dibawa ke muka pengadilan,” katanya.Jurucakap Menteri Luar China, Zhao Lijian turut terkesan dengan serangan ganas terhadap wartawan yang sedang bertugas.Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim al-Thani menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan rangkaian media Al-Jazeera.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »