Dua lelaki ditahan cuba rasuah polis

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 50 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

johorbahru POLIS menahan dua lelaki warga Bangladesh malam tadi selepas cuba menyogok Ketua Balai Polis Danga Bay wang tunai berjumlah RM10,000 supaya melepaskan sembilan pendatang asing tanpa izin yang ditangkap semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kedua-dua lelaki berumur 35 dan 43 tahun itu ditahan pada 11 malam di Balai Polis Danga Bay.

"Terdahulu, sepasukan polis dari Balai Polis Sentral menahan lapan lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar yang didapati memiliki dokumen perjalanan tamat tempoh dan tidak mempunyai dokumen perjalanan menerusi serbuan Op Benteng pada 6.30 petang di sebuah kondominium di pusat bandar. "Semasa dokumentasi dibuat terhadap sembilan pendatang asing tersebut di Balai Polis Danga Bay, kedua-dua lelaki Bangladesh itu datang ke balai berkenaan dan menghulurkan wang RM10,000 sebagai imbuhan melepaskan kesemua sembilan lelaki berkenaan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Padzli berkata, mereka berdua ditahan serta merta kerana cuba memberi rasuah dan wang RM10,000 berkenaan dirampas bagi membantu siasatan. Katanya, kedua-dua lelaki itu bersama sembilan pendatang asing yang ditahan kini direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 15 Akta Imigresen 1959/63.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

2 lelaki Bangladesh ditahan cuba sogok polis RM10,000 lepas 9 PATIDua lelaki itu cuba menyogok ketua Balai Polis Danga Bay sebanyak RM10,000 supaya melepaskan 9 pendatang tanpa izin yang ditangkap semalam. FMTNews PATI
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

2 lelaki Bangladesh cuba rasuah polis ditahan | The Malaysian InsightLelaki terbabit cuba menyogok polis dengan wang tunai RM10,000.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

JKNS sita dua kilang ais, 29 mesin jual air minuman tanpa lesenshahalam Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menyita dua kilang ais, 29 mesin jual air (MJA) dan sebuah premis perniagaan air minuman berbungkus (AMB) selepas didapati tidak mempunyai lesen menerusi operasi bermula 21 hingga 23 Julai lalu.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Hanya dua perlawanan persahabatanKESELAMATAN menjadi keutamaan apabila skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Tan Cheng Hoe hanya mengharungi dua sahaja perlawanan persahabatan antarabangsa walaupun terdapat khabar angin mengatakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang mengatur aksi ketiga dalam masa terdekat ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Berbelah bagi antara dua lokasiBEKAS penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus mendedahkan dia kini berbelah bagi sama ada untuk menerima tawaran sebagai jurulatih di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang atau mencari pasukan di Lembah Klang.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Dua lelaki ditahan ceroboh hutan simpanJABATAN Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) menahan dua lelaki dan merampas sebuah jentera berat dalam serbuan di Kompartment 40, Hutan Simpan Hulu Besut di kawasan Felcra Keruak, Besut, semalam.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »