suspensi lengkap untuk Proton C99 yang diletakkan dalam satu rak pameran. Menurut En.Suriya, ketika dia mula melakukan kerja-kerja restorasi untuk model-model Proton C99, alat ganti asli yang dikeluarkan oleh pengilang OEM sangat sukar untuk ditemui, manakala komponen yang banyak dijual kedai-kedai alat ganti pula tidak memberikan kualiti yang sama seperti komponen asli terutama pada karekter dan juga ketahanan getah yang digunakan.
Malah untuk siri terbaharu set cagak enjin untuk Proton C99, Lokco Automotive telah menghasilkan set yang direka khas sesuai dengan kerekter enjin blueprint 4G93P 1.8 liter DOHC DSR yang sememangnya lebih stabil dan responsif dari enjin yang keluar dari kilang Proton.printed circuit board Penyelesaiannya, DSR hadir dengan PCB yang diberi nama FRR PCB FR4 SMT Connectors. Berbanding PCD asli yang nipis dan lembut, PCB dari DSR ini jauh lebih kukuh dan tebal kerana diperbuat dari resin yang diperkuat gentian kaca, yang lebih tahan panas dengan penarafan tahan api tahap 4. Malah penyambung-penyambung wayar pada PCB ini juga diperbaharui dengan teknologi cagak permukaan , yang membolehkan ia bertahan walaupun penyambung wayar berkenaan dibuka/pasang dengan kerap.
Sebuah Satria Neo berwarna kuning yang anda lihat dipamerkan di dalam Dream Hub ini merupakan antara projek terbaharu dari DSR. Jika anda ingat balik, pada 14 Julai 2012, Proton telah mendedahkan model konsepdi Plaza Angsana Johor Bahru ketika berlangsungnya pusingan ke-4 Kejuaraan Rali Asia Pasifik 2012.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »