Dr Ahmad Fauzi dilantik Naib Canselor baharu UTM

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 42 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

KualaLumpur Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari ini hingga 31 Disember 2023.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, Dr Ahmad Fauzi berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor , UTM sejak 2015 dan mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam pembangunan teknologi membran.The International Journal on the Science and Technology of Desalting and Water Purification

, terbitan Elsevier UK dan saintis Asia pertama dilantik sebagai editor sejak pelancaran jurnal itu 50 tahun lalu. "Sehingga kini, beliau menerbitkan lebih 900 jurnal berwasit, lapan buku karya asli, 66 bab dalam buku, menyunting sepuluh buku dan turut terbabit dalam penghasilan lebih 30 paten," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kementerian percaya perlantikan Dr Ahmad Fauzi dapat menyumbang kepada kesinambungan pencapaian UTM dan sumbangan beliau dalam mengekalkan kegemilangan UTM sebagai universiti penyelidikan terbaik negara. Dr Ahmad Fauzi, 54, berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum dan Sarjana Kejuruteraan Kimia dari UTM dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Proses dari University of Strathclyde, Scotland, United Kingdom.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines