TEL AVIV: Diplomat Israel, Danny Ayalon semasa ditemu bual wartawan Al Jazeera mengeluarkan kenyataan angkuh dengan meyatakan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza boleh berpindah ke Gurun Sinai di Mesir.
Ayalon membuat kenyataan itu susulan arahan dikeluarkan Israel yang memberi tempoh 24 jam kepada penduduk meninggalkan utara Gaza dan berpindah ke bahagian selatan berhampiran Mesir. Arahan itu dikeluarkan kononnya bagi memudahkan rejim Zionis melakukan operasi pembersihan ke atas kedudukan pejuang Hamas tanpa perlu membunuh nyawa orang awam.
“Terdapat ruang yang amat besar untuk orang awam Gaza di Gurun Sinai dan mereka harus berpindah ke sana.Arahan evakuasi rejim Zionis dianggap berpotensi mencetuskan peristiwa Nakba kedua, setanding dengan Nakba 1948 apabila militia dan tentera Zionis mengusir hampir sejuta rakyat Palestin sehingga menyaksikan kewujudan negara haram Israel.
Ketika ini terdapat sekitar 2.5 juta penduduk di Gaza yang berada di bawah kepungan Israel sejak 2007 dan dianggap sebagai penjara terbuka di dunia.
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »