Didakwa iring anak Ahli Parlimen, polis buka kertas siasatan tatatertib dua anggota trafik

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 40 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Menerusi klip video berkenaan yang dimuat naik menerusi Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen.

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang membuka satu kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggota polis susulan video anggota polis trafik mengiringi orang awam yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan. ”Pada Sabtu kira-kira pukul 8.36 malam, telah terkesan satu rakaman video tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun ‘anwarazeez’.

”Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi oleh anggota trafik menggunakan motosikal milik PDRM di Jalan Bukit Gambir. Pihak PDRM Pulau Pinang mengesahkan berkenaan kejadian yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Paparan video berkenaan mendapat kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan individu berkenaan yang menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan di Pulau Pinang. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Siasat orang yang bagi arahan

Atas arahan MP, anggota polis atasan dikenakan tindakan kerana buka kertas siasatan

Siapakan MP tsb ... Cer kabo sikit nk tengok... Beliau ada Otak ke x

Silap2 gi club malam pun ada polis iring.....x sabo nk dengar samy velu komen...

Memalukan memualkan mengaibkan PDRMsia

Hawau Salah guna kuasa

Apa ke hawau perangai sekor²..

Dah kantoi siasat laa..cuba kalau tak kantoi mesti ok je jd pengiring kannnnnn

Adakah mereka bertindak sendiri atau mengikut arahan...mohon siasat dgn telus..mcm tak logic anggota bawahan membuat keputusan sendiri

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.