Cuaca panas beri kesan kepada penternak | The Malaysian Insight

  • 📰 msianinsight
  • ⏱ Reading Time:
  • 91 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 40%
  • Publisher: 63%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Cuaca panas beri kesan kepada penternak

MUHAMMAD Zubir Mohamed, 42 menghela nafas panjang sebaik diberitahu oleh pekerjanya mengenai kematian seekor lagi lembunya ketika dia sedang bersiap memulakan rutin hariannya seawal pukul 7 pagi di ladang fidlotnya di Bangi.

“Bayangkan, seekor lembu yang berat biasa anggaran 180kg hingga 250kg bernilai sekitar RM4,300. Ini bermakna dengan 20 ekor kematian menyebabkan kami telah kerugian hampir RM100,000,” katanya ketika ditemui di ladang seluas 0.8 hektar yang diusahakannya sejak 2004. “Lagi lama haiwan ini berada di kandang, lagi banyaklah kos yang terpaksa dibelanjakan tambah lagi ketika musim panas ini,” katanya yang mempunyai lapan orang pekerja dan haiwan ternakan sebanyak 350 ekor termasuk 50 ekor kerbau.Menjelaskan lebih lanjut, dia berkata rutin hariannya sebagai pengurus di ladang fidlot tersebut berubah sejak tiga bulan lepas bagi menyesuaikan dengan peningkatan suhu yang kadang kala mencecah hingga 40 darjah Celsius.

Menurut Zubir, kos operasinya akan lebih meningkat apabila melibatkan lembu import yang memerlukan penjagaan lebih rapi seperti baka Limousine Bull dari Australia apabila terpaksa memasang jaring “garden net” bagi mengurangkan tekanan kepanasan. Sementara itu, pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi Universiti Malaya Mohd Shahmi Hakimi Mazlishah berkata haiwan yang mengalami stres haba boleh dilihat melalui pernafasan laju, kadar denyutan jantung, suhu rektal yang tinggi dan tingkah laku ternakan yang resah.

Beliau berkata kajiannya bersama rakan penyelidik lain turut mendapati stres haba mengakibatkan penurunan prestasi reproduktif haiwan ternakan secara drastik apabila kualiti dan daya hidup sperma haiwan menurun akibat pendedahan pada cuaca panas melampau. “Ketika musim kemarau kemungkinan rumput yang menjadi sumber makanan kepada ternakan tidak tumbuh atau mati serta takungan air kering. Pernternak sepatutnya sedar perkara ini kerana fenomena cuaca panas berlaku hampir setiap tahun dan kerana itu persediaan awal perlu dilakukan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 8. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Ringgit extends gains v dollar | The Malaysian InsightLocal note opens higher at 4.6570/6625 versus the greenback.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Terengganu dissolves state assembly | The Malaysian InsightTerengganu dissolves state assembly
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

4 in family killed in Kulim crash | The Malaysian InsightTwo others seriously hurt after collision with trailer lorry.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

DUN Kedah secara rasmi bubar hari ini | The Malaysian InsightPembubaran DUN Kedah hari ini menyaksikan mandat lima tahun berakhir enam hari lebih awal berbanding tarikh akhir pada 4 Julai.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker' | The Malaysian InsightPembubaran hari ini diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Penang dissolves state assembly | The Malaysian InsightRoyal consent received yesterday.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »