Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman berkata, proses pembersihan dan nyahkuman itu membabitkan bangunan ibu pejabat di Bangsar, Wisma TNB di Petaling Jaya dan semua cawangan TNB.
“Selain pejabat, kita turut melakukan pembersihan di Kedai Tenaga sebanyak tiga kali sehari terutama pada pemegang pintu, kaunter, tempat duduk dan kios pembayaran.“Setiap pegawai di Kedai Tenaga juga dibekalkan penutup mulut dan hidung, selain penyediaan cecair pembasmi kuman di premis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Roslan berkata, TNB turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan saringan kesihatan kepada kakitangan dan pelawat. Katanya, tindakan itu selari keprihatinan TNB mengenai kesihatan dan keselamatan kakitangan serta semua pihak yang berurusan di pejabat TNB. “Mencegah lebih baik daripada merawat dan disebalik kebimbangan penularan Covid-19, TNB mahu semua warga kerja dan pelawat berasa yakin dengan tahap keselamatan serta kebersihan pejabat TNB,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »