Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes direkodkan itu adalah kes penularan tempatan membabitkan warganegara dan tiada kes import direkodkan hari ini.
"Satu kes daripada Kluster PUI Sivagangga dan satu lagi kes saringan rawak di lapangan berkaitan pelajar sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan. "Sehingga kini, terdapat satu kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi . Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Menurutnya, tiada pertambahan kes kematian dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal 125 kes iaitu 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan. Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 208 kes dan mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »