Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan kes positif Covid-19 terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac, dengan 30 kes dilapor sehingga 12 tengah hari tadi.
“Daripada 30 kes baharu yang dilaporkan, tiada kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 30 kes, iaitu sebanyak 21 kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan ,” katanya dalam sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,710 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. “100 kes adalah dalam kawasan PKPD dan 80 kes telah dikesan di luar kawasan PKPD. Jumlah keseluruhan ini melibatkan peniaga dan bukan peniaga seperti ahli keluarga peniaga, pengunjung dan orang yang mempunyai kontak rapat dengan kluster ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut menegaskan peniaga atau pemborong yang ingin berniaga atau masuk ke Pasar Borong Kuala Lumpur perlu menjalani ujian dan mengemukakan keputusan ujian saringan Covid-19.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »