Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata dua pusat kuarantin berisiko rendah akan dibina untuk Pati dikenal pasti negatif wabak Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 September, 2020.
Beliau berkata pembukaan dua pusat itu sama seperti Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang yang menempatkan pendatang yang ditahan.“Pendatang tanpa izin yang ditahan akan jalani sebelum masuk ke pusat tahanan. Bila disahkan positif kita akan asingkan daripada tahanan lama dan hantar untuk rawatan,” katanya pada sidang media mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan hari ini.
Beliau berkata setakat semalam, KKM telah menyaring 3,981 individu di Tawau dan 1,421 individu di Lahad Datu, dan daripada jumlah itu, seramai 331 kes positif direkodkan di Tawau dan 89 kes positif di Lahad Datu. Ismail Sabri berkata KKM telah mengenal pasti lokasi-lokasi yang terlibat dalam Kluster Benteng Lahad Datu serta Kluster Laut dan saringan akan dilakukan di kawasan tersebut.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »