Cinta Sejati The Golden Girl… - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 51 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

“Dia meletakkan gambar Allen di atas meja dan akan menciumnya setiap pagi. Sebelum tidur dia akan melihat langit dan bintang malam sambil melayangkan ciuman....'

MUNGKIN generasi kini kurang mengenali primadona hebat Hollywood ini. Dia mencipta kegemilangan berkurun tahun sebelum ini. Namun, dia kekal dalam legasi emasnya yang cukup membanggakan.

Mendirikan rumah tangga bersama Allen Ludden selepas kerap kali bertemu dalam sebuah rancangan hiburan, lelaki itu adalah cinta abadinya. Dua kali gagal dalam rumah tangga sebelum ini menjadikan Betty cukup berhati-hati. Malah memetik kata-kata pembantunya, Betty berulang kali memanggil nama suaminya ketika di hujung nafas terakhirnya. Rasa rindu dan sayang dilepaskan selari usianya di dunia ini.Menyingkap kisah cinta antara dua sejoli ini, perkenalan singkat mereka membawa dua hati menjadi satu. Apabila Allen melamar, hati Betty ketika itu berbolak balik. Dia sukar menerima cinta dalam hati.

“Dia adalah lelaki paling tulen yang pernah saya kenali. Saya jatuh cinta dengan semangatnya. Dia seperti meminati segala-galanya,” katanya ketika ditemuramah majalah People circa 2012. Ketika Allen disahkan menghidap barah perut sekitar penghujung era 70- an, Betty setia bersama lelaki kiriman Tuhan untuknya itu. Dia tetap menemani suaminya walaupun pulang lewat daripada program hiburan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.