Chelsea benam pendahulu La Liga

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 42 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

bucharest bolatime Sepakan gunting Olivier Giroud mengecewakan Atletico Madrid sekali gus menyaksikan Chelsea berjaya melakar kemenangan 1-0 untuk memberikan kelebihan kepada skuad bimbingan Thomas Tuchel pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Gol akrobatik Giroud pada awalnya tidak dikira kerana ofsaid namun semakan menerusi video bantuan pengadil menyaksikan Mario Hermoso adalah pemain terakhir menyentuh bola sekali gus menyukarkan misi Atletico untuk melangkah ke saingan suku akhir."Saya suka jaringan seperti itu dan gembira melihat bola masuk ke gawang lawan. Saya tidak terfikir mengenai ofsaid atau sebaliknya," katanya.

Skuad bimbingan Diego Simeone sekali lagi mempamerkan corak bertahan yang ampuh sehinggalah dibolosi menerusi jaringan Giroud sekali gus bermakna mereka perlu menjaringkan gol apabila berkunjung ke London 17 Mac depan untuk mengelak daripada tersingkir awal. Aksi Atletico pada saingan La Liga juga mencetuskan kerisauan selepas hanya berjaya melakar satu kemenangan daripada empat perlawanan terakhir.Manakala Chelsea melepasi ujian terbesar mereka sejak Tuchel membimbing kelab itu bulan lalu.

"Kami tahu kekuatan mereka dan cuba mengatasinya. Kami perlu kekal fokus untuk menyelesaikan tugasan ini," kata Giroud. Gol tunggal Giroud pada minit ke-68 itu hanyalah jaringan ketiga dilepaskan Atletico sepanjang 14 perlawanan di tempat sendiri pada aksi Liga Juara-Juara sepanjang di bawah bimbingan Simeone.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.