Cemburu punca anggota polis serang teman wanita - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 54 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 25%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, wanita berkenaan bagaimanapun enggan bertemu anggota berkenaan menyebabkan lelaki itu bertindak memecahkan tiga kereta jenis Honda Civic, Proton Satria Neo dan Perodua milik mangsa,…

KUALA LUMPUR : kerana cemburu dan berang teman wanitanya curang menyebabkan seorang anggota polis menyerang seorang wanita dalam kejadian di Bandar Puchong Jaya dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pulul 5.30 petang itu, lelaki berusia 34 tahun terbabit datang ke pangsapuri wanita berusia 46 tahun itu dan dan memaksanya untuk bertemunya.Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, wanita berkenaan bagaimanapun enggan bertemu anggota berkenaan menyebabkan lelaki itu bertindak memecahkan tiga kereta jenis Honda Civic, Proton Satria Neo dan Perodua milik mangsa, anak dan menantunya.

“Anak perempuan mangsa yang berusia 26 tahun kemudiannya dimaklumkan oleh jiran mereka ibunya telah dipukul dengan besi sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan. “Susulan kejadian itu, anak mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian dan menyebabkan suspek ditahan bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Razali, siasatan awal mendapati, suspek mengamuk kerana cemburu apabila wanita terbabit menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.“Kes disaisat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.