Bukan dua, tapi tiga masjid nak bakar

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 46 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

pendang Kompresor pendingin hawa Masjid Tok Keling di Alor Setar, terbakar dipercayai dilakukan suspek sama yang ditahan berkaitan kes membakar permaidani di dua masjid di Pendang, semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dimaklumkan oleh orang awam pada 9.30 pagi berlaku kebakaran kecil di luar masjid itu pagi semalam.“Masjid ini terletak dalam daerah Kota Setar dan jarak dengan dua masjid yang terbakar di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang adalah kira-kira 10 kilometer.

“Forensik Polis Diraja Malaysia dan Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah sudah melakukan siasatan dan mendapati kes ini dipercayai mempunyai unsur khianat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Mengulas mengenai tangkapan suspek berkaitan kebakaran di dua masjid di Pendang semalam, Zainuddin berkata, suspek sudah direman selama seminggu bermula hari ini.“Usaha mengesan rakan suspek sedang giat dilakukan setakat ini,” katanya.

Zainuddin berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati suspek bebas dari pengaruh dadah. Katanya, dengan tertangkapnya suspek, pihaknya percaya dapat menyelesaikan kes kebakaran membabitkan ketiga-tiga masjid berkenaan.Harian Metro semalam melaporkan, seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kebakaran permaidani di Masjid Pendang Masjid Kampung Rambai di Pendang pada awal pagi semalam.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Jawi: Bukan contoh buku lucah tetapi terangkan Perkara 152KUALA LUMPUR 13 Ogos - Daripada memberi contoh tulisan Jawi dalam buku lucah, adalah lebih baik untuk Ahli Parlimen DAP menerangkan sebaiknya peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan bahasa kebangsaan. Permikiran lucah sehingga tak dapat memberi kenyataan yang waras nampak sangat semangat perlembagaan tiada dalam minda..sehingga sanggup perkataan lucah keluar seorang yg berpelajaran..juga seorang wakil rakyat.. Sengaja provoke orang Melayu tu.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Bukan sengaja lewatkan bantuan mangsa ribut, kata MB Selangor | The Malaysian InsightBantuan lewat disalurkan kerana ia membabitkan kerosakan dan peruntukan besar, kata Amirudin Shari.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Bukan saya lulus syarikat kereta nasional ke-3, kata Dr MPerdana menteri berkata agensi kerajaan mungkin berminat selepas menilai kemampuan DreamEDGE Sdn Bhd. FMTNews Cakap lepas camni langsung x mencerminkan hal berat spt kete nasional ke3.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Lelaki ditahan cuba bakar masjidpendang Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kebakaran permaidani di dua masjid sekitar daerah ini, hari ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Ansuran RM60 sebulan buka peluang anak muda sertai ibadah korbanJASIN 11 Ogos - Inisiatif murni komuniti Kampung Serkam memperkenalkan bayaran ansuran serendah RM60 sebulan bagi korban sempena Hari Raya Aidiladha, membuka peluang kepada lebih ramai termasuk golongan belia di kampung itu dan kawasan sekitar menunaikan ibadat itu.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Genius... 7 benda syampu bayi mampu lakukan anda perlu tahuSyampu bayi bukan sahaja khusus untuk bayi sebenarnya banyak kegunaan lain yang kita tidak tahu. FMTNews
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »