Perkara itu sudah pasti dapat mengangkat warisan pakaian turun temurun dan ia dilihat sebagai busana yang sentiasa berada dalam kelas tersendiri.
Namun, elemen asasnya seperti menjaga tertib si pemakaian tidak boleh diketepikan dan dalam masa yang sama pemilihan kain seiring dengan perkembangan teknologi tekstil berupaya menjadikan si pemakai lebih selesa."Jika memperkatakan mengenai jenis tekstil yang terdapat di pasaran untuk membuat pakaian tradisional sememangnya terlalu banyak dan kita sebagai pembeli perlu bijak memastikan ia sesuai serta memberi keselesaan.
"Bagi mereka yang ingin cepat tanpa perlu memikirkan soal kesukaran untuk menggosok pakaian tradisional, mereka disarankan untuk menggunakan kain jenis crepe kerana ia lebih mudah untuk menghilangkan kedutan apabila diseterika."Kain jersey juga antara yang mendapat perhatian untuk dijadikan baju tradisional kerana sifatnya yang lebih terletak apabila dipakai dan tidak perlu 'lining'," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.