Beri alasan mahu lawat kebun sawit, lelaki dikompaun rentas negeri

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 59 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 27%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Seorang lelaki dikenakan kompaun RM5,000 selepas dikesan cuba merentas negeri dari Dengkil, Selangor ke Gemencheh tanpa mengemukakan sebarang surat di SJR Batu 1 di Tampin, tengah hari tadi.

TAMPIN: Seorang lelaki dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 selepas dikesan cuba merentas negeri dari Dengkil, Selangor ke Gemencheh dekat sini tanpa mengemukakan sebarang surat di sekatan jalan raya Batu 1 di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, lelaki berusia 49 tahun itu memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux dan ketika melalui pemeriksaan di SJR berkenaan iaitu kira-kira pukul 12.30 tengah hari, lelaki berkenaan memberikan alasan mahu melawat kebun sawitnya di Gemencheh.

Menurutnya, lelaki berkenaan bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran polis atau dokumen berkaitan bagi tujuan merentas negeri dan didapati telah melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. “Kompaun berkenaan dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan-peraturan Pencegahan kerana tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri daripada pihak PDRM,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Menurutnya, buat masa ini pihaknya memberi peluang dan nasihat kepada penduduk dari daerah jiran untuk mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan iaitu tidak boleh merentas daerah tanpa surat kebenaran polis.

“Kes semakin hari semakin meningkat. Kita harap semua patuh SOP, tidak ada keperluan untuk keluar, duduklah di rumah,” tambahnya. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines