Baling daerah terbaharu dilanda banjir, jumlah terkini 1,220 mangsa

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 35 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pokok Sena mencatatkan jumlah tertinggi mangsa iaitu seramai 478 orang daripada 136 buah keluarga yang berlindung di tiga PPS

ALOR SETAR: Seramai 244 orang daripada 83 buah keluarga di Baling termasuk penduduk Kampung Iboi terjejas banjir sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 1,220 mangsa di negeri ini setakat pukul 8 pagi.

Kesemua mereka dari beberapa kampung yang dinaiki air di daerah itu kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Iboi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai. Pokok Sena mencatatkan jumlah tertinggi mangsa iaitu seramai 478 orang daripada 136 buah keluarga yang berlindung di PPS SK Bukit Hijau, Maahad Tarbiyah Derang dan Surau Permatang Limau.

Dua lagi daerah yang terlibat banjir iaitu Kubang Pasu dan Kota Setar masing-masing merekodkan 295 dan 203 mangsa daripada keseluruhan 153 keluarga. Mereka kini berada di enam PPS antaranya SMK Changlun, SK Malau, Dewan PPK Lubuk Batu di Kubang Pasu serta SK Taman Aman dan SMK Kepala Batas di Kota Setar. –UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Mangsa banjir meningkat di KedahSemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena itu ditempatkan di tujuh PPS.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Bask Bear Coffee sasar buka 100 cawangan setahunJenama itu mempunyai mempunyai 120 cawangan maya, menjadikan jumlah keseluruhan rangkaian sebanyak 220 cawangan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Baling’s Kampung Iboi hit by flash floods againHeavy rain causes river to overflow its banks, as flood waters quickly rise and inundate houses.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Kampung Iboi di Baling dilanda banjir kilat lagiHujan lebat menyebabkan air sungai melimpah dan banjir naik dengan cepat hingga menjejaskan rumah penduduk.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Pemilik digesa cantas pokok sekitar rumahDEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengingatkan pemilik rumah di satu bahagian Kolombong supaya tidak culas untuk mencantas pokok-pokok di kawasan mereka – terutamanya mana-mana dahan yang memanjang ke luar pagar mereka – agar tumbuhan mereka tidak menjadi kacau ganggu orang lain di kawasan kejiranan mereka.
Source: DailyExpress_MY - 🏆 3. / 83 Read more »

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkatALOR SETAR: Lima daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Kuala Muda dan Pokok Sena berdepan banjir berikutan hujan lebat yang melanda kebanyakan kawasan sejak Isnin lalu.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »