PAGI Isnin lalu saya dihubungi oleh pihak Bank Negara Malaysia . Pegawai itu mahukan nama bank yang saya tulis dalam artikel bertajuk Bank, lima minit dan Gajah terbang! Dalam kolum ini Ahad lalu.
Saya memberitahu pihak BNM, tolong tengok-tengokkan komen orang ramai dalam artikel itu. Beribu komen yang mengadu mengalami masalah sama. Ada yang tulis nama bank sekali. Tolonglah siasat dan minta bank terbabit buat penambahbaikan. Sebelah petangnya pula, pihak pengurusan bank yang sama tetapi orang yang berlainan meminta maaf atas kelewatan menjawab telefon itu. Saya katakan, saya bukan mengharapkan permohonan maaf dan itu bukan sebab saya menulis artikel tersebut.
Dan pemegang-pemegang akaun bank ini mesti dilayan sama rata walaupun dalam bank itu duitnya hanya berbaki RM10. Jangan double standard dan layan baik serta utamakan golongan kayangan saja. Ini amalan paling entah apa-apa dan jika semua buat begitu, orang susahlah yang paling tertindas di dunia ini. Saya pernah membawa ibu saya yang sudah tidak kuat lagi kakinya, ke bank CIMB di Shah Alam itu untuk berurusan. Masa itu sebelum Covid-19 melanda negaralah. Tempat berurusan tingkat 1. Tiada lif. Tapi pekerja di situ tidak beri ibu saya naik. Sebaliknya, dia yang turun. Semua urusan dibuat di bawah. Sejuk hati saya melihat pekerja bank itu melayan baik ibu saya. Macam saya cakap, yang baik kita sebutlah. Tak akan nak tulis yang buruk-buruk saja.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »