WASHINGTON: Sehingga hari ini, saintis di seluruh dunia tidak pernah berputus asa dan masih meneruskan pencarian jawapan mengenai bagaimana pandemik Covid-19 bermula, walaupun berdepan dengan kekangan bukti dan data asal usul wabak tersebut.
Beberapa petunjuk yang diperoleh akhirnya menemukan jalan buntu, sementara penemuan lain menimbulkan lebih banyak persoalan. Wabak koronavirus sebelum ini termasuk dalam Sindrom Pernafasan Akut Teruk pertama pada 2003 yang berpunca daripada kelawar kepada musang dan merebak kepada manusia.Namun, wujud kemungkinan virus itu sebenarnya bocor dari sebuah makmal sehingga teori tersebut hangat diperdebatkan sepanjang tahun ini.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus turut mengkritik penemuan tersebut kerana dianggap sebagai ‘pramatang’. Adakah daging eksotik binatang liar yang dijual di salah sebuah pasar basah China ‘dibongkar’ dan haiwan yang membawa virus itu diimport dari tempat lain di Asia Tenggara? Jika benar, bagaimana pemerintah China yang kerap berahsia dapat dipujuk supaya berkongsikan data yang diperoleh?
Sampai mati pun mereka tak akan mengaku.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »