KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu melupus sebanyak 379,400 batang rokok seludup bernilai RM1.2 juta di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.
Pengarahnya Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata rokok pelbagai jenama itu dirampas April lepas dalam serbuan yang dijalankan pegawai serta anggotanya di seluruh negeri ini. Beliau berkata proses pelupusan rokok itu menggunakan mesin pengisar dan sisanya akan dibuang di tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Sungai Ikan di Kuala Nerus.
“Proses pelupusan melibatkan rokok seludup yang tidak bercukai ini turut dihadiri pegawai saksi pelupusan,” katanya pada sidang media selepas program pelupusan itu. Mohd Khairulanuar berkata APMM akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi mengekang aktiviti penyeludupan rokok yang semakin berleluasa disebabkan permintaan tinggi daripada masyarakat khususnya di Pantai Timur.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: Soya_Cincau - 🏆 16. / 55 Read more »
Source: LowyatNET - 🏆 13. / 59 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »