Anggota polis maut kejar penjenayah, kereta suspek ditemui

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 46 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

johorbahru Perodua Myvi yang digunakan dua suspek dalam kemalangan maut membabitkan anggota polis di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar, Tebrau, awal pagi tadi, ditemui.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kereta berwarna ungu itu ditinggalkan di tepi jalan Kampung Pandan, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kemalangan."Unit Forensik sudah membuat pemeriksaan dan analisa terhadap kenderaan itu. Memang terdapat peralatan berkaitan dadah. Kita syaki suspek terbabit sama ada dalam penyalahgunaan dadah ataupun pengedar dadah, sebab itu mereka melarikan diri.

"Sama ada kereta ini mempunyai saman atau tidak, kita sedang semak kerana ada kesukaran. Kereta ini adalah kereta yang disewa dan penyewa menyewakannya kepada orang lain," katanya pada majlis penghormatan terakhir kepada mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat di Balai Polis Bandar Dato'Onn, di sini, hari ini.

Majlis penghormatan itu turut disaksikan kakak mendiang, Elizcavelynicy Unchi Unggat, 23, bersama kira-kira 30 saudara-mara."Kita percaya suspek masih berada di Johor," katanya. Kemalangan itu menyebabkan Nicholester Dadup meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala pemandu MPV, Lans Koperal Mohd Khairul Musa, 32, cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi HSI.

Jenazah mendiang akan diterbangkan ke Sibu menggunakan pesawat khas Polis Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur , jam 1 tengah hari esok.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Anggota tentera maut, isteri patah bahu nahas kereta, lori - Utusan DigitalAnggota tentera maut, isteri patah bahu nahas kereta, lori
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Anggota tentera maut, kereta bertembung lorigerik Anggota tentera maut manakala isterinya cedera selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 16, Jalan Gerik - Kupang, pagi tadi.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Warga emas ditemui rentung dalam kereta terbakar | The Malaysian InsightTiada saksi melihat punca kebakaran berlaku dan insiden disedari jiran mangsa ketika api sedang marak.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Mayat warga emas ditemukan dalam keretaserdang Mayat lelaki warga emas ditemui di dalam sebuah kereta di kawasan parkir di Jalan Merak Puchong Jaya di sini, semalam.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Reman 'Datuk', 2 polis berkait Macau Scam lanjut 38 hariMajistret M Mageswary mengeluarkan perintah itu terhadap semua suspek lelaki berusia lingkungan 34 hingga 39 tahun selepas membenarkan permohonan polis. FMTNews MacauScam
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Anggota RELA maut, motor bergesel dengan loriSungai Buloh: Anggota wanita Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) meninggal dunia selepas motosikal diboncengnya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Subang-Sungai Buloh, di sini, hari ini. Dekat sini lagi 😭😭😭😭....Salam Takziah اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ😔
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »