Anak pemandu lori sampah terbaik STPM

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 53 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 25%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

pengkalanhulu Anak kepada pemandu lori sampah dianugerahkan Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 bagi kategori bawah 40 (B40).

Pelajar itu, Nuraini Jalaluddin, 20, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak berkata, dia bersyukur dengan pengiktirafan itu selepas memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional 4.00 dan 5A.

“Tidak sangka usaha saya bersengkang mata untuk belajar akhirnya membuahkan hasil. Saya akan jadikan pengiktirafan ini sebagai pemangkin semangat untuk lebih cemerlang ketika melanjutkan pelajaran kelak,” katanya ketika ditemui dalam majlis pengumuman keputusan STPM di Majlis Peperiksaan Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, bapanya adalah pemandu lori sampah di Majlis Daerah Pengkalan Hulu manakala ibunya seorang suri rumah pasti berbangga dengan kejayaan itu. “Dengan mempunyai pelajaran saja dapat mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik. Bapa sudah 33 tahun memandu lori sampah dan akan bersara bulan depan, saya mengharapkan dia dapat berehat dan menikmati usia tua selepas ini,” katanya.

Sementara itu, pelajar terbaik STPM 2019 kategori Orang Asli, Aimi Mahad, 20, berharap cita-citanya menjadi seorang guru akan tercapai.“Diharap dengan kejayaan ini dapat dijadikan contoh buat kaum Semai yang lain untuk membaiki kehidupan keluarga,” katanya.Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 1:31 PM

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

tajuk berita pun

tak boleh hadam aku dengan tajuk berita dia...erghhh!

pemandu lori saja dh ckup...xdk otak

Tahniah dik... Buat yg terbaik utk kedua mak ayah... X rugi utk dunia dan akhirat... In shaa Allah... 👍🏼👍🏼🤲🏼🤲🏼

Anak B40 berjaya perkara biasalah. Tak perlu kategorikan kerjaya kut. Hinakah kerjaya pemandu lori sampah tu? Bila wartawan tak sensitif menulis, ginilah

mmg kene bgtau ye pekerjaan ayah die...

Tahniah

perlu ke headline mcm ni ..tk bleh ke tlis pelajar terbaik STPM je

_syerr Kesimpulannya, cikgu sekolah aku kemain gumbiraaaaaaaaaaaaa alhamdulillah

Knapa kerja bapak die ko letak jd headline. Bodoh

Berdosa ke jd B40 😭

I m so proud of you.

Admin yang tulis ni anak kepada orang takda otak

Apa ingat anak penandu lori tak sepatutnya dpt keputusan cemerlang ke.Ramai kawan kita dari kampong2 berjaya cemerlang . Tajuk tuu mcm pelik pulak dibuatnya.

Alhamdulillah 👍🏻

Tajuk dia hmm...

apa punya gila pelajar terbaik pun kena ada kategori kaya miskin. baru tahu Malaysia sekarang dah amal sistem kasta

Tak baik kenyataan sebegini. Kan kerja halal tu.

aduh..tak perlu la nak bgtau org..bapa dia kerja apa..jji halal..tp kn klu yg keje best2 anak kelaut msti malu..huhu

Ank2 terengganu sume bijak2 tp syg keadaan negeri x setaraf dgn pencapaian ank2 terengganu ni semua dr segi taraf hidup.. Yg mne pnh tgok, tinggal n rase je taw mcm mne khidupan seharian dkt terengganu ni mcm mne.

Giler... Siap ade kategori B40... Mmg kema asing ikut darjat ke skrng

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

2 fined for criminal threat against TV3 journalistThey pleaded guilty to the offence through their posting on the Gabungan Anak Terengganu (Original) Facebook account. FMTNews TV3
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Pulih dari kesedihandungun Keluarga empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin PSMZA Dungun yang meninggal dalam kejadian lemas di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan terima wang manfaat Takaful Malaysia
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Dua tertuduh kes LTTE dibebas [METROTV]SELEPAS lebih empat bulan ditahan di penjara atas pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P Gunasekaren dan pemandu teksi V Balamurugan dilepas serta dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi berasingan di Kuala Lumpur. PDRM tengokkan dorang even tlepas.. Lutong pon dh tak boleh cari makan dh lepas ni. HAHAHHAAA.. Kita kena tumbangkn dap sbb ni la , pnyokong pgganas dilepas !
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »