Ambulans lewat: KKM cari jalan penyelesaian

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 27 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 14%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

KualaLumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi aduan berhubung kelewatan ambulans membawa pesakit positif Covid-19 dari rumah ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah sewajarnya akan diambil hasil perbincangan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Pengurusan Bencana Negara .

"Setiap hari kes makin meningkat dan kini sudah mencecah empat digit. Kebimbangan kita adalah berlakunya pertambanan kes membabitkan pesakit yang tiada gejala dan gejala ringan. "Melihat kepada kemungkinan dan isu kelewatan itu, KKM akan berbincang sama ada memastikan kes tiada gejala ditempatkan di rumah masing masing dan bagi yang berkenaan perlu menghubungi Pusat Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut selepas tempoh 10 hari," katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya hari ini.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.