BEIJING: Syarikat Alibaba Group Holding Ltd. memecat 10 pekerja kerana mendedahkan tuduhan serangan seksual seorang rakan kerja wanita yang dibuat terhadap seorang bekas pengurus.Berita Mediacorp memetik Reuters melaporkan, syarikat itu memecat 10 pekerja tersebut kerana berkongsi petikan layar catatan wanita berkenaan di wadah yang menunjukkan identiti mereka.
Para pekerja itu dipecat kerana melanggar dasar-dasar yang menentang perihal mendedahkan kandungan di forum pekerja, lapor Bloomberg, memetik kenyataan para individu yang mengetahui perkara tersebut. Sementara itu, tiga lagi pekerja ditegur kerana membuat komen tidak sesuai di forum awam tersebut, menurut laporan itu.Seorang kakitangan wanita memuat naik catatan pengalamannya sepanjang 11 muka surat di intranet Alibaba pada awal Ogos lalu.Beliau menambah para pegawai atasan dan jabatan sumber manusia tidak memandang serius terhadap perkara itu dalam tempoh lima hari sejak melaporkan insiden tersebut.
Alibaba memecat pengurus yang dituduh melakukan serangan seksual tetapi dikecam oleh media tempatan kerana tidak bertindak sehingga penuduh membuka mulut kepada awam. Syarikat e-dagang itu memutuskan untuk memecat 10 pekerja selepas selesai menjalankan siasatan dalaman dan tidak mengumumkan keputusan muktamad hasil siasatan tersebut secara terbuka, lapor Bloomberg.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »