Akhirnya, dapat tengok kubur saja - Utusan Digital

Akhirnya, dapat tengok kubur saja

17/10/2021 7:36:00 AM

Akhirnya, dapat tengok kubur saja

Akhirnya, dapat tengok kubur saja

Pemandu Grab pun dah senyum lebar sekarang sebab ramai yang menggunakan Grab sehingga luar Lembah Klang. Cecah beratus-ratus ringgit harga tambangnya.Beberapa hari lepas saya mengambil penumpang wanita di terminal Bandar Tasik Selatan. Tertera nama di aplikasi Grab sebagai Ani. Destinasinya ke Cheras.

Annuar Musa: 4G internet coverage in Sarawak to hit 92pc by 2022 | Malay Mail Liputan internet 4G di Sarawak capai tahap 92% menejelang 2022, kata Annuar | The Malaysian Insight MMA: Surplus of medical grads due to poor past policies

Dengan sebuah beg pakaian kecil, dia mengambil tempat duduk belakang. Mengenakan pelitup muka berwarna merah jambu, saya dapat lihat matanya yang redup.Sebagai pemandu peramah, saya berbasa-basi bertanyakan adakah dia baru pulang dari kampung. “Iya kak, balik kampung tengok kubur mak,” katanya bergetar suara. Terdiam saya kejap. Bab-bab kematian ini memang sensitif. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang apabila ramai kehilangan keluarga akibat Covid-19.

Tapi nak berlama-lama diam pun tak seronok. Saya pancing lagi dengan soalan berkaitan dengan bertanyakan bila ibu meninggal dunia.Bermula dari situ, bermulalah perbualan seterusnya. Rupanya ibu Ani ini meninggal dunia akibat Covid-19 dan dia sendiri tidak dapat melihat wajah terakhir si ibu kerana juga sedang berjuang di hospital kerana Covid. headtopics.com

“Sudahlah saya dua beradik saja dan kami hanya ada mak lepas ayah meninggal dunia 10 tahun lalu. Kami tinggal di Kota Tinggi. Saya pun tak tahu punca Covid dari mana. Mungkin dari saya sebab saya balik kampung. Kakak saya duduk sama dengan mak.“Lepas balik ke Kuala Lumpur semula, saya tak sihat. Saya buat swab, rupanya Covid-19. Mak dan kakak pun terkena sama. Masa itu kami baru dapat satu dos vaksin.

“Mak ditidurkan tapi kakak yang ada sakit asma, ber­tahan pada peringkat empat. Saya pun sama sebab asma.“Waktu mak nak ditidurkan, memang doktor buat.panggilan video untuk kami tapi mak tak dapat cakap. Saya cuma dapat tengok air mata mak saja berlinang,” kata Ani yang mengelap air matanya.

Aduhai, saya yang mendengarnya terasa sebak sekali. Air mata saya bergenang, membayangkan diri berada di tempatnya. Kata Ani, ibunya ‘tidur’ tidak lama. Tiga hari kemudian, dia meninggal dunia tanpa pesanan.“Sedih sangat kak sebab kami dua tak dapat lawat jenazah mak buat kali terakhir, tak dapat mandikan dia, tak dapat cium pipi dia,” cerita Ani.

Saya mengesat air mata. Tak kuat untuk mendengar cerita kehilangan begini. Namun Ani seakan-akan mahu meluahkan rasa, terus bercerita dengan nada sebak.“Lepas mak meninggal dunia, saya kemurungan teruk. Saya salahkan diri sendiri sampai kena jumpa kaunselor. headtopics.com

Covid-19 (Dec 5): 4,298 cases Sarawak DAP MP says not right for PM to link future development in Sarawak with support for his administration | Malay Mail JDT tewas Piala Malaysia: ‘MB seorang itu tidak perlulah bising-bising’ -Hasni - Utusan Digital

“Ditambah pula tak boleh rentas negeri, saya down sangat. Nak berpelukan dengan kakak pun tak boleh. Dia di kampung pun sama, semua barang mak yang ada tak boleh dipandang. Berderailah air mata dia.“Sebab itu, bila umum saja boleh rentas negeri, esoknya saya terus balik kampung. Perkara pertama saya buat adalah ziarah kubur mak. Walaupun sedih sangat, saya lega dapat tengok ‘rumah’ baru mak. Dua jam saya menangis di situ. Agaknya kalau dibiarkan, mahu saya tidur di tepi kubur itu,” kata Ani sempat berlawak walaupun bergenang air mata.

Apabila Ani turun dari kereta di hadapan kondominiumnya, saya memandang langkah lemahnya. Sambil otak saya berfikir laju, tarikh yang paling sesuai nak balik ke kampung tanpa bersesak-sesak di jalan raya. Read more: Utusan Online »

Woman suffers wounds, infections after using unauthorised beauty product

KUALA LUMPUR: A 22-year-old woman suffered severe side effects after using a slimming product with the treatment allegedly carried out by an uncertified individual.

Perolehan Kumpulan CTOS Digital meningkat 15.8 peratus - Utusan DigitalPerolehan Kumpulan CTOS Digital meningkat 15.8 peratus

Sapiah, Shamsulrizal dapat pembelaan - Utusan DigitalSapiah, Shamsulrizal dapat pembelaan

NASA yakin dapat halang asteroid serang bumi - Utusan Digital'Sekiranya kita menggunakan teknik serangan nuklear yang kuat, kita dapat mencegah 99 peratus jisim asteroid yang menyerang bumi.”

Trafik terhalang di kedua-dua arah Utara Machap ke Ayer Hitam - Utusan DigitalPengguna jalan raya yang menuju arah Utara dari Machap ke Ayer Hitam dinasihatkan pandu dengan berhati-hati.

Tangani masalah kekurangan bakat - Utusan DigitalTangani masalah kekurangan bakat Sebenarnya kita bukan kekurangan bakat ttp mentaliti pihak atasan & kepimpinan Kerajaan sendiri yg menyekat perkembangan bakat2 ini.

Bantuan masih tersedia – BNM - Utusan DigitalBantuan masih tersedia – BNM