Akhirnya Afza pergi jua...

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 31 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 16%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Selepas empat tahun menderita kanser tulang hingga menyebabkan Abdul Afza Aziz Abdul Wahab, 19, kehilangan kaki sebelah kiri, ia berakhir selepas remaja itu meningga dunia pagi ini.

Abdul Afza Aziz disahkan meninggal dunia di rumah neneknya di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang pada 11.15 pagi di sisi ibunya, Siti Halimah Mohammad, 39, selepas beberapa jam dibawa pulang dari Hospital Pasir Mas .

Menurut, Siti Halimah, anak sulongnya itu dimasukkan ke HPM sejak Ahad lalu, selepas dia mengadu sesak nafas selain ketumbuhannya yang semakin membengkak dan bertukar kehitaman. “Pagi ini, Afza berjumpa dengan idolanya yang lebih mesra dipanggil Abang Raja, sebelum dia terus mengembuskan nafas terakhir di hadapan kami semua. Hati saya luluh melihat pemergian anak kesayangan namun reda selepas sekian lama dia terpaksa menanggung kesakitan.

Siti Halimah, dalam nada sebak memberitahu jenazah anaknya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, di sini, selepas solat Asar.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Innalilawainnaihirojiun semoga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman aaminn ya rabbal alaminn

Allahu..nama arwah mcm sy Afza Afzan 🤲🏼😢Semoga Allah merahmati awak adik... Al fatihah 🍃

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.