Pusat Hidrografi Nasional menyarankan penduduk di kawasan tepi pantai berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijanka berlaku bermula hari ini hingga Ahad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Disember, 2022.
PENDUDUK di kawasan pesisir pantai disaran berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad. Menerusi satu hantaran di Facebook, Pusat Hidrografi Nasional memaklumkan fenomena itu boleh menyebabkan limpahan air di kawasan darat yang seterusnya boleh mengakibatkan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.
PHN juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk agensi berkaitan untuk maklumat keselamatan kawasan pesisir pantai. “Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini. Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »